Monday, April 13, 2009

DRAMA PUTERI LI PO

WATAK DAN PERWATAKAN PUTERI HANG LI PO

Beliau merupakan isteri kepada Sultan Mansor Syah yang keempat berasal dari negara China yang diberikan kepada sultan Melaka sebagai hadiah persahabatan.
Puteri Hang Li Po berusia 18 tahun. Li Po bermaksud " cantikku sayang" memang sesuai digelarkan kepada puteri ini kerana sifat semula jadinya yang memang cantik.
Puteri Hang Li Po sangat baik hati tetapi mudah mengambil hati dan marah-marah. Hal ini digambarkan melalui peristiwa penganugerahan Hang kepada beliau. Puteri Li po tidak berpuas hati dengan layanan yang diberi oleh Sultan Mansor.
Namun demikian. beliau juga mempunyai kelemahan iaitu telah menduakan suaminya. Hal ini demikian kerana dalam diam-diam Tuan Puteri amat tertarik dengan Hang Jebat. Tanpa segan silu, Puteri Li Po meluahkan perasaan cintanya kepada Hang Jebat tetapi cintanya ditolak oleh Hang Jebat kerana sebagai pahlawan yang setia kepada sultan, beliau tidak sanggup menderhakai sultan.


Nilai kemanusiaan/ murni

1. Nilai Kejujuran dan amanah
# Hang Jebat mempunyai sifat amanah dan tidak mahu menanggung dosa kerana melakukan perhubungan sulit dengan Tuan Puteri Hang Li Po.

2. Nilai taat kepada sultan
# Hal ini digambarkan melalui watak Hang Jebat yang begitu setia kepada raja sehingga sanggup menolak cinta Hang Li Po.

3. Nilai mengakui kesilapan sendiri
# Hal ini dapat dilihat melalui watak Hang Li Po yang mengakui kesalahannya dan berasa malu kerana menduakan suaminya serta menaruh hati kepada Hang Jebat.

4. Nilai menghargai maruah diri.
# Hal ini jelas digambarkan melalui watak Puteri Hang li Po yang akhirnya sedar betapa pentingnya menjaga maruah diri sebagai isteri kepada sultan.

5. Nilai berani kerana benar.
# Nilai ini dapat digambarkan melalui watak Dang Wangi yang sanggup berkata benar dan berterus terang untuk menyatakan hubungan cintanya dengan Hang Jebat kepada Puteri Hang Li Po.

Monday, April 6, 2009

Kajian

Cerpen Di Sisi Rinda karya A. Samad Said

Tema
Cerpen ini mengetengahkan tema penderitaan dan kesengsaraan hidup yang dialami oleh penduduk setempat semasa pendudukan Jepun. Pengarang mencuba untuk menggamarkan keadaan kehidupan yang sangat kritikal semasa pendudukan Jepun. Hal ini dapat digambarkan melalui peristiwa orang-orang kampung digesa menyelamatkan diri sebelum kedatangan orang tentera Jepun. Mereka terpaksa melarikan diri ke dalam hutan. orang tua-tua yang sakit dan uzur berlindung di sekitar masjid, manakala kebanyakan gadis disembunyikan daripada di bawa lari oleh pihak tentera Jepun yeng mengganas. Malahan kedatang Jepun menyebabkan banyak nyawa yang terkorban terkena ledakan bom yang dilepaskan di merata-rata tempat.

Persoalan
1. Persoalan sikap tangungjawab seorang tua terhadap seorang anak yatim piatu.
2. Persoalan tentang kasih sayang manusia terhadap haiwan
3. Persoalan kepercayaan terhadap kuasa sakti pada keris.
4. Persoalan perasaan kasihan seorang tua terhadap seorang anak yatim piatu
5. Persoalan kesetiaan terhadap sahabat karib

Watak dan Perwatakan

Jumari Jipan
- ayah kepada dua orang anak yang mati semasa mereka masih muda
- datuk angkat kepada Deliah
- sangat rapat dengan Ripin

# Seorang yang penyayang

# Seorang yang bertanggungjawab

# Seorang yang berhati mulia

# Mahir bermain silat

Deliah

  • - anak yatim piatu
  • cucu Ripin
  • ibu, ayah dan kakaknya menjadi mangsa ledakan bom

Sunday, April 5, 2009

Simpulan Bahasa

simpulan bahasa - merupakan peribahasa yang kerap digunakan oleh masyarakat melayu tradisional untuk berkias.

Antara simpulan bahasa yang sering diungkapkan ialah:
i. Abu Jahal - seseorang yang suka menghalang orang lain daripada melakukan kebajikan.
ii. Ada harapan - berpeluang untuk memperoleh sesuatu
iii. Ada hati - menyimpan perasaan terhadap seseorang
iv. Ada otak - bijaksana
v. Ada rupa - cantik dan bergaya
vi. Angkat bakul - memuji diri sendiri

Saturday, April 4, 2009

5 April 2009

Hari Pertama ....